Penyakit berbahaya

 Penyakit Berbahaya

Danish Imran bin Nursalahuddin

Terdapat pelbagai penyakit berbahaya di dalam dunia ini. Antaranya ialah Diabetes, Covid-19, Stroke, Influenza dan banyak lagi. Penyakit ini boleh diubati dan ada yang tidak boleh diubati. Pada hari ini saya akan mengulas penyakit berbahaya Diabetes.

Diabetes merupakan sebuah penyakit yang boleh membawa maut. Diabetes terbahagi kepada 2 iaitu tahap 1 dan tahap 2. Ia tidak dapat dikesan pada tahap awalnya dan boleh membawa maut sekiranya tidak dikawal.

Penyakit ini terjadi apabila paras gula tinggi di dalam darah. Ini menyebabkan hormon Insulin yang dihasilkan  oleh pankreas tidak dapat menapung gula dalam darah. Obesiti, tekanan perasaan, tidur yang tidak cukup, juga merupakan punca penyakit Diabetes.

Orang yang menghidap penyakit Diabetes akan cepat dahaga, cepat letih, berat badan susut, kerap membuang air kecil, mudah terkena jangkitan kulit, dan lain-lain. Ia juga dapat merosakikan saluran darah  besar pada jantung, otak, dan kaki. Ia juga akanm merosakkan saluran darah kecil yang boleh menyebabkan masalah pada mata, buah pinggang, kaki dan saraf.

Selain itu, terdapat beberapa langkah yang perlu dilakukan seperti minum air suam dengan secukupnya bagi menggantikan kandungan air manis didalam badan, selalu bersenam untuk menggurangkan kalori dalam badan, menjaga kadar pengambilan gula, makan lebih banyak bijiran yang penuh serat dan vitamin D.

Kesimpulannya, kita hendaklah mengamalkan gaya hidup sihat agar dapat mengelakkan diri daripada penyakit yang berbahaya, Penyakit seperti ini dapat membawa maut sekiranya kita tidak menjaga kesehatan kita.







Comments