Posts

Showing posts from March, 2021

Penyakit berbahaya

 Penyakit Berbahaya Danish Imran bin Nursalahuddin Terdapat pelbagai penyakit berbahaya di dalam dunia ini. Antaranya ialah Diabetes, Covid-19, Stroke, Influenza dan banyak lagi. Penyakit ini boleh diubati dan ada yang tidak boleh diubati. Pada hari ini saya akan mengulas penyakit berbahaya Diabetes. Diabetes merupakan sebuah penyakit yang boleh membawa maut. Diabetes terbahagi kepada 2 iaitu tahap 1 dan tahap 2. Ia tidak dapat dikesan pada tahap awalnya dan boleh membawa maut sekiranya tidak dikawal. Penyakit ini terjadi apabila paras gula tinggi di dalam darah. Ini menyebabkan hormon Insulin yang dihasilkan  oleh pankreas tidak dapat menapung gula dalam darah. Obesiti, tekanan perasaan, tidur yang tidak cukup, juga merupakan punca penyakit Diabetes. Orang yang menghidap penyakit Diabetes akan cepat dahaga, cepat letih, berat badan susut, kerap membuang air kecil, mudah terkena jangkitan kulit, dan lain-lain. Ia juga dapat merosakikan saluran darah  besar pada jantung, o...